(Dari kiri) Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Khidir Majid; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datik Mohd Zafir Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif NS Corporation, Norazhar Musa; Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi NS Corporation, Datuk Seri Aminuddin Harun; Pengerusi Matrix Concepts Holdings, Datuk Mohamad Haslah Amin; Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts Holdings, Ho Kong Soon; Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holdings, Datuk Seri Lee Tian Hock; Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts Holdings, Chai Keng Wai dan Ketua Pegawai Pembangunan Matrix Concepts Holdings, Tan Sze Chee.

Kuala Lumpur: Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) melalui anak syarikatnya, Megah Sedaya Sdn Bhd memeterai perjanjian pembangunan tanah baharu dengan NS Corporation (NS Corp) di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0.

Pembangunan tanah baharu seluas 405 hektar itu adalah tambahan kepada pemilikan Matrix Concepts di dalam MVV 2.0 sebelum ini seluas 559 hektar yang dimeterai pada Ogos 2022.

Matrix Concepts berkata, secara gabungan kumpulan kini mempunyai 964 hektar tanah yang akan dibangunkan di dalam MVV 2.0 sekaligus bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dalam pembangunan lestari berimpak tinggi.

Di bawah syarat perjanjian pembangunan tanah itu katanya, NS Corp memberikan hak pembangunan kepada Megah Sedaya, syarikat tujuan khas (SPV) yang akan bertindak sebagai pemaju induk tanah bernilai RM435.6 juta itu.

Selain itu, Matrix Concepts dan NS Corp turut menandatangani perjanjian usaha sama strategik (SJVA) bagi tanah seluas 559 hektar yang membolehkan perkongsian ekuiti 85:15 dengan Matrix Concepts sebagai pemegang majoriti.

"Kumpulan akan menerajui pembangunan tanah baru daripada pelan tindakan induk, pelaksanaan dan penyampaian komponen pembangunan selain mendapatkan keperluan pembiayaan yang diperlukan.

"Pertimbangan untuk hak pembangunan dan kos pembangunan awal hendaklah dibiayai melalui campuran dana dan pinjaman yang dijana secara dalaman," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, tambahan tanah baharu itu mencerminkan cita-cita dan visi strategik kumpulan.

Beliau berkata, kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan kumpulan melaksanakan pelaburan besar itu dengan yakin, menekankan keupayaan merebut peluang dan kesediaan yang tepat untuk memacu ke hadapan dalam persekitaran pasaran yang dinamik.

"Kami juga mengiktiraf potensi transformatif projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang dicadangkan, yang jika direalisasikan, akan meningkatkan daya tarikan dan permintaan dengan ketara untuk pembangunan berorientasikan transit di kawasan itu.

"Matrix Concepts bersedia secara strategik untuk memenuhi permintaan itu dan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang dalam memastikan kemampanan kumpulan melangkaui 12 tahun akan datang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 5:27 PM