PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie, Lim Pinn Yang (kiri) dan Kien Poon.
PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie, Lim Pinn Yang (kiri) dan Kien Poon.

Kuala Lumpur: Funding Societies menjalin usahasama dengan Good Foodie Media Sdn Bhd (Foodie) untuk menawarkan pelan ansuran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah ekosistem Foodie.

Usahasama ini akan membolehkan syarikat makanan dan minuman (F&B) serta syarikat gaya hidup dan hiburan memperolehi akses kepada perkhidmatan media berjumlah sehingga RM50,000 melalui pelan ansuran.

Foodie menyasarkan untuk menghubungkan rangkaian perniagaan F&B dengan pelanggan yang memiliki pelbagai citarasa melalui kekuatan jenama mereka di media sosial.

Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, sektor perkhidmatan di Malaysia meningkat kepada RM2.3 trilion pada tahun 2023, dengan peningkatan sebanyak 8.4 peratus berbanding RM2.1 trilion pada tahun 2022, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

"Namun masih terdapat subsektor yang masih belum berupaya untuk melepasi nilai pendapatan yang mereka capai sebelum pandemik (2019), terutamanya bagi subsektor makanan dan minuman (-1.4 peratus); dan kesenian, hiburan dan rekreasi (-2.24 peratus).

"Akses kepada aliran tunai serta penyelesaian pemasaran dan pengiklanan digital adalah amat penting untuk membantu PKS pulih dan bangkit semula selepas pandemik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 8:33 AM