Peter menunjukkan produk yang ditawarkan di The Baker’s Son.
Peter menunjukkan produk yang ditawarkan di The Baker’s Son.

Kuala Lumpur: Kedai roti rangkaian Jaya Grocer, The Baker's Son, kini berwajah baharu dengan cawangan pertamanya dibuka di Sunway Geo dan dijangka diperluaskan ke semua cawangan pasar raya itu pada masa akan datang.

Ketua Chef Pastri The Baker's Son, Peter Tan berkata, pengenalan wajah baharu itu bertujuan untuk memenuhi pelbagai cita rasa dalam kalangan masyarakat yang semakin prihatin terhadap kesihatan.

"Misi kami sejak dahulu adalah untuk menyediakan alternatif yang sihat kepada pelanggan tanpa menjejaskan kualiti atau rasa.

"Penampilan baharu kami ini merangkumi seluruh koleksi roti, bermula daripada roti klasik hingga kroisan mentega French - yang terjual lebih daripada 100,000 keping setiap bulan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Peter, produk yang disediakan di bakeri itu hanya menggunakan bahan semula jadi yang sering digunakan dalam penyediaan roti serta bebas daripada bahan pengawet.

"Kami kekal komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, memastikan pilihan yang lebih sihat tersedia untuk semua pelanggan, dengan harga bermula dari RM6.90," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2023 @ 5:22 PM