MR DIY turut tawarkan lebih 25 produk dengan diskaun sehingga 30 peratus.
MR DIY turut tawarkan lebih 25 produk dengan diskaun sehingga 30 peratus.

MR DIY (M) Berhad (MR DIY) melancarkan inisiatif Pilihan Berbaloi, Pilihlah Jenama MR DIY sepanjang Jun ini bagi memberi rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih baik.

Inisiatif yang berlangsung dari 1 hingga 30 Jun itu mempamerkan produk jenama MR DIY di cawangannya seluruh negara serta dalam talian.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, MR DIY turut menawarkan lebih 25 produk dengan diskaun sehingga 30 peratus.

"Rakyat Malaysia hari ini bimbang mengenai peningkatan kos sara hidup dan inflasi yang semakin meningkat, yang memberi tekanan besar kepada belanjawan isi rumah dan mengehadkan pilihan yang tersedia untuk mereka.

"Sebagai peruncit tempatan, kami memahami perjuangan yang rakyat hadapi hari ini.

"Visi kami adalah untuk membina perniagaan yang mampan yang memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai, yang bermakna kami bertanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada keperluan harian tanpa perlu risau tentang harga dan yang lebih penting, tanpa menjejaskan kualiti," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 7:20 AM