KENNY Chen (empat dari kanan) bersama Pengarah Eksekutif NSK Trading, Lim Chou Bu (lima dari kiri) dan Penasihat Kanan Kumpulan NSK Trading, Datuk Lim Choon Se (tengah) pada hari pertama pelancaran dan pembukaan pasar raya NSK Trading di Klang. FOTO Genes Gulitah
KENNY Chen (empat dari kanan) bersama Pengarah Eksekutif NSK Trading, Lim Chou Bu (lima dari kiri) dan Penasihat Kanan Kumpulan NSK Trading, Datuk Lim Choon Se (tengah) pada hari pertama pelancaran dan pembukaan pasar raya NSK Trading di Klang. FOTO Genes Gulitah
Muhaamad Hafis Nawawi


Klang: NSK Trading Sdn Bhd, pemilik rangkaian pasar raya NSK Trade City membuka cawangan ke-30 di Klang Sentral bagi memudahkan penduduk di kawasan sekitar mendapat barangan basah dengan harga berpatutan.

Pengarahnya, Kenny Chen berkata, pasar raya terbaru itu Klang Sentral, di sini, berkeluasan kira-kira 80,000 kaki persegi dengan 600 tapak letak kenderaan disediakan.

Menurutnya, NSK Klang Sentral ini mempunyai akses Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Jalan Meru, Klang dan berdekatan dengan terminal bas Klang Sentral yang menyediakan perkhidmatan ke Johor Bahru, Kuantan, Batu Pahat, Temerloh dan Butterworth.

"NSK Klang Sentral ini juga antara pasar basar yang besar di sini berbanding yang lain di mana kami menawarkan penduduk di kawasan ini dapat membeli barangan dengan harga yang berpatutan," katanya pada sidang media pembukaan NSK Klang Sentral, di sini, baru-baru ini.

Chen berkata, pembukaan cawangan baharu itu juga dilihat sebagai maklum balas positif daripada orang ramai yang memberi kepercayaan kepada pihaknya dalam menyediakan pelbagai barangan keperluan pada harga berpatutan.

"NSK Klang Sentral menawarkan pelbagai barangan runcit, isi rumah, ayam dan produk segar seperti sayuran, buahan. Selain itu, makanan laut seperti ikan, udang dan ketam pada harga berpatutan untuk memberikan penjimatan lebih baik kepada pelanggan.

"Sempena pembukaannya, NSK Klang Sentral akan mengadakan promosi barangan sehingga 2 April ini di mana ia beroperasi dari 8 pagi hingga 11 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 12:25 PM