DERETAN kedai ditenggelami air akibat banjir yang melanda di Kota Tinggi Johor. FoTO Nur Aisyah Mazalan
DERETAN kedai ditenggelami air akibat banjir yang melanda di Kota Tinggi Johor. FoTO Nur Aisyah Mazalan

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) mengumumkan bantuan khas banjir yang merangkumi bantuan moratorium pembiayaan serta penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggan yang terjejas akibat kejadian banjir.

Ia meliputi pelanggan individu dan perniagaan yang terkesan berikutan banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat percaya bahawa sebagai institusi kewangan Islam, pihaknya bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti pada waktu getir ini.

"Kami berharap langkah segera ini akan memberikan kelegaan kepada individu dan perniagaan dalam usaha mereka membina semula kehidupan dan perniagaan yang terjejas.

"Pelanggan yang terkesan boleh menghubungi Bank Muamalat untuk berbincang mengenai sebarang masalah berhubung urusan pembayaran pembiayaan mereka sekiranya menghadapi kesulitan kewangan berikutan banjir yang melanda," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2023 @ 4:24 PM