PINJAMAN bank dijangka lebih rendah tahun ini berikutan tinjauan pertumbuhan ekonomi domestik yang sederhana dan kesan kenaikan kadar faedah berturut-turut oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2022.
PINJAMAN bank dijangka lebih rendah tahun ini berikutan tinjauan pertumbuhan ekonomi domestik yang sederhana dan kesan kenaikan kadar faedah berturut-turut oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2022.

PINJAMAN bank dijangka lebih rendah tahun ini berikutan tinjauan pertumbuhan ekonomi domestik yang sederhana dan kesan kenaikan kadar faedah berturut-turut oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2022.

Kenanga Research dalam satu nota penyelidikan berkata, unjuran itu juga sebahagiannya disebabkan normalisasi ekonomi aktiviti selepas pandemik dan berikutan kesan asas lebih rendah yang sudah berakhir.

"Pertumbuhan pinjaman bagi tahun ini dijangka menyederhana di antara 4.5 hingga 5 peratus berbanding 5. 7 peratus pada 2022," katanya,

Sementara itu, firma penyelidikan berkenaan berkata, berikutan keputusan mengejut BNM pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Januari lalu yang mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), pihaknya percaya bank pusat sudah mencapai ke penghujung kitaran kenaikan kadar buat masa ini.

"Ini berkemungkinan disebabkan ketidaktentuan yang memuncak dalam prospek pertumbuhan global dengan prospek kemelesetan dalam beberapa ekonomi maju, yang boleh menjejaskan pemulihan pertumbuhan domestik.

"Sementara itu, inflasi domestik dijangka menurun beberapa bulan akan datang berikutan jangkaan langkah dasar kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang akan disemak semula dan permintaan dalam negeri yang dijangka perlahan," katanya.

Dalam pada itu, Kenanga Research berkata, mengikut bulan, pertumbuhan pinjaman meningkat sedikit pada Disember 2022 iaitu 5.7 peratus berbanding November (5.5 peratus).

"Mengikut tujuan, pengembangan itu didorong pertumbuhan pinjaman lebih tinggi untuk modal kerja iaitu 6.1 peratus pada Disember, meningkat berbanding November (5.5 peratus) dan pembelian sekuriti Disember (3.2 peratus) berbanding November (0.9 peratus).

"Namun, pertumbuhan pinjaman kekal disokong oleh pinjaman untuk pembelian harta kediaman dengan Disember mencatatkan (6.9 peratus), menyusut dibandingkan November (7.3 peratus) yang merangkumi 36.4 peratus bahagian daripada keseluruhan pinjaman," katanya.

Ia menambah, mengikut sektor, pertumbuhan kredit yang lebih tinggi adalah dalam bekalan elektrik, gas, wap dan penghawa dingin iaitu Disember (41.3 peratus) berbanding November (36.6 peratus) dan sektor pembuatan pada 2.6 peratus pada bulan dikaji berbanding 0.2 peratus pada November.

"Bagaimanapun, pertumbuhan kekal disandarkan oleh sektor isi rumah (5.9 peratus, Disember) berbanding November; 6 peratus, sekali gus menyumbang 59.1 peratus bahagian kepada keseluruhan pinjaman," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2023 @ 7:10 AM