FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ringgit terus mengukuh dan menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga semalam.

Paras itu dicapai selepas mata wang negara maju itu terus diasak perkembangan membabitkan pengumuman data inflasi AS yang lemah dan hanya meningkatkan lagi jangkaan kemungkinan bank pusat atau Rizab Persekutuan AS (Fed) akan kurang agresif untuk menaikkan kadar faedah seterusnya.

Pada 6 petang, ringgit meningkat ke paras 4.3325/3375 berbanding dolar AS daripada 4.3570/3615 pada akhir urus niaga kelmarin.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, kecuali pound Britain yang menyaksikannya meningkat kepada 5.2973/3035 daripada 5.3033/3088, kelmarin.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2782/2825 daripada 3.2764/2803, rendah berbanding euro kepada 4.6986/7040 daripada 4.6890/6938 serta turun berbanding yen Jepun kepada 3.3703/3744 daripada 3.3242/3281.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 8:27 AM