Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, kenaikan 25 mata asas untuk kali keempat berturut-turut sejak Mei tahun ini, kata Standard Chartered

BNM dijadual mengumumkan keputusan dasar monetarinya pada hari ini dan oleh kerana pemulihan pertumbuhan Malaysia yang kukuh serta inflasi yang meruncing, Standard Chartered tidak menjangkakan sebarang petunjuk jelas daripada bank pusat selepas kenaikan pada November.

Dalam laporan Global Research yang dikeluarkan semalam, Standard Chartered berkata BNM mungkin akan bergantung kepada lebih banyak data pada masa depan.

"BNM mungkin kedengaran lebih neutral pada mesyuarat akan datang memandangkan ia akan melaksanakan kadar kenaikan 100 mata asas (dengan mengandaikan kenaikan 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada November)," kata Standard Chartered.

Dalam kenyataan dasarnya sebelum ini, Standard Chartered menyatakan bahawa BNM akan kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

"Ini bermakna BNM masih berusaha untuk menghapuskan lagi akomodasi. Bagaimanapun, bank pusat turut maklum jawatankuasa itu tidak berada dalam mana-mana "pre-set course" dan pada pandangan kami, ini menunjukkan bahawa mungkin terdapat penangguhan tidak lama lagi," tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2022 @ 10:25 AM