MR DIY adalah peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia.
MR DIY adalah peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia.
Oleh Izzati Zaidi


Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) melancarkan inisiatif harga terkininya Stretch Your Ringgit with MR DIY.

Ketua Pemasaran MR DIY, Alex Goh berkata, inisiatif itu menampilkan pelbagai rangkaian produk label persendiriannya berikutan rakyat Malaysia mula beralih arah kepada jenama buatan Malaysia untuk membantu memanfaatkan sepenuhnya nilai ringgit.

"Kami sedar tentang kesukaran sedang dihadapi rakyat Malaysia sekarang. Harga barangan semakin meningkat, kadar inflasi tinggi, kekurangan pilihan dan ada antara mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

"Semua faktor ini memberi tekanan yang begitu besar kepada bajet isi rumah. Sebagai syarikat kelahiran tempatan yang mempunyai kehadiran jenama di seluruh negara, ia menjadi tanggungjawab kami memastikan rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga mampu milik, di lokasi mudah dikunjungi," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, inisiatif ini cara mudah dan bijak untuk rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan harian mereka tanpa kompromi terhadap nilai dan kualiti.

"Kempen ini menampilkan tawaran hebat untuk pelbagai rangkaian produk label persendirian kami, yang memberi jaminan kualiti yang baik dengan nilai lebih hebat untuk pengguna," katanya.

MR DIY sebagai peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, menawarkan rangkaian yang terdiri daripada 18,000 produk Always Low Prices di lebih 1,000 cawangan di seluruh Malaysia.

Selain pelbagai jenama terkenal, MR DIY juga menawarkan rangkaian produk label persendiriannya.

Inisiatif selama satu bulan ini menampilkan pelbagai tawaran hebat lebih daripada 30 produk di seluruh Malaysia untuk produk di bawah jenama MR DIY termasuk dari kategori keperluan rumah dan perhiasan, perkakasan, barangan elektrik dan aksesori kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2022 @ 7:05 AM