Bangunan TNB.
Bangunan TNB.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) kekal mencatatkan prestasi berdaya tahan pada Separuh

Pertama Tahun Kewangan 2022 (1HFY2022) yang disokong permintaan elektrik lebih tinggi sebanyak 5.0 peratus tahun ke tahun sejajar pertumbuhan berterusan ekonomi pascapandemik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, hasil Kumpulan tanpa bayaran balik Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh

itu meningkat 4.4 peratus kepada RM24.99 bilion daripada RM23.93 bilion.

"Hasil lebih tinggi itu berikutan kenaikan jualan elektrik TNB dalam semua sektor, selaras peningkatan keseluruhan KDNK Malaysia sebanyak 6.9 peratus tahun ke tahun.

"Secara keseluruhan, Kumpulan mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) lebih tinggi, kepada

RM905.6 juta pada suku kedua 2022, berbanding dengan RM871.2 juta pada suku pertama 2022," katanya.

Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) dilaporkan pada RM10.58 bilion. EBITDA (tanpa bayaran balik ICPT) meningkat kepada 42.3 peratus daripada 40.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencerminkan peningkatan prestasi operasi TNB.

"Prestasi kewangan ini mencerminkan prestasi teknikal yang kukuh mendukung rangkaian kekal teguh dengan Sistem Minit 0.01 dan 22.01 minit Sistem Indeks Purata Tempoh Gangguan (SAIDI), diambang lebih baik daripada sasaran," katanya.

Menurutnya, pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai pembayaran RM5.8 bilion dan jaminan RM6

bilion kemudahan pinjaman menterjemahkan usaha bersepadu kerajaan dan TNB dalam menangani keadaan harga bahan api yang tinggi.

Mengulas mengenai akaun belum terima yang besar disebabkan ICPT pada 1HFY2022, Baharin berkata bahawa Kumpulan mengambil langkah proaktif untuk mengurus modal kerja.

"Ini termasuk memenuhi kewajipan kami kepada pembekal dan vendor melalui pemantauan

aliran tunai berterusan dan mendapatkan pinjaman tambahan apabila diperlukan.

"Kami kekal berhemat dalam pengurusan modal kerja dan menjangka penarafan kredit kami kekal stabil.

"Kami juga menambah baik kutipan dengan kadar purata 98 peratus untuk 1HFY2022 berbanding 92 peratus tahun lalu," katanya.

Menurutnya, TNB baru-baru ini mengumumkan komitmennya untuk melabur sekitar RM10 hingga RM20 bilion setahun dalam tempoh 28 tahun akan datang sebagai perbelanjaan modal (Capex) untuk

inisiatif mempercepatkan Pelan Peralihan Tenaga dengan aspirasi mengurangkan intensiti pelepasan karbon kepada sifar bersih menjelang 2050.

"Kumpulan akan melihat peralihan besar kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan teknologi hijau baharu ke arah masa depan, memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sambil memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

"Komitmen ini memenuhi kedua-dua komitmen ESG dan pertumbuhan perniagaan untuk TNB.

"Kami menyegerakan inisiatif peralihan ini atas dorongan rasa tanggungjawab mendalam TNB terhadap landskap tenaga negara, serta rasa mendesak untuk memastikan kemampanan perniagaan kami," katanya.

Lembaga pengarah TNB telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 20 sen sesaham untuk separuh pertama tahun ini berbanding 22 sen sesaham pada tempoh yang sama 2021.

Pemberian dividen itu mencerminkan pengurusan modal yang berhemat manakala pembayaran tetap kukuh berbanding prestasi KLCI.

Nisbah pembayaran dividen bagi separuh pertama 2022 adalah pada 47.3 peratus berdasarkan pelarasan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI).

Pembayaran dividen bagi tempoh berkenaan berjumlah

RM1.15 bilion.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 6:15 PM