LAZ Halal menyediakan platform mudah bagi  pengguna membeli pelbagai jenis produk serta  100 peratus sah diperakui halal.
LAZ Halal menyediakan platform mudah bagi pengguna membeli pelbagai jenis produk serta 100 peratus sah diperakui halal.

LAZADA Malaysia memperkenalkan Laz Halal, destinasi halal dalam talian terbaharu bagi membolehkan pengguna membeli produk yang 100 peratus sah diperakui halal.

Saluran ini membolehkan pelanggan untuk mendapatkan beraneka produk halal keluaran tempatan dan antarabangsa yang disahkan mempunyai pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Laz Halal juga diwujudkan bagi menyokong usahawan tempatan yang berhasrat untuk memasarkan produk mereka yang diperakui halal kepada pelanggan yang mengutamakan kesahihan halal sebagai satu faktor apabila membeli barangan keperluan.

Ia meliputi produk dalam kategori barangan harian, termasuk keperluan dapur dan barangan makanan dan minuman, serta produk penjagaan kesihatan, fesyen dan kecantikan.

Ketua Pegawai Pelanggan, Lazada Malaysia Syarif Lee berkata, Laz Halal memberikan jaminan kepada pelanggan serta keyakinan apabila membeli produk berkualiti yang sah diperakui halal pada harga yang berbaloi, secara terus dari penjual dan kedai rasmi yang menawarkan beraneka produk halal.

"Kami berharap saluran khusus ini dapat memungkinkan perniagaan kecil dan besar untuk menjana lebih banyak jualan dan menggalakkan daya interaksi dengan pelanggan.

"Memandangkan Aidiladha bakal tiba, kami berbesar hati dapat memudahkan pembelian dan berkongsi keceriaan sambutan itu.

"Malah, selepas Hari Raya Haji, Laz Halal akan terus menawarkan pelbagai produk yang diperakui halal untuk pelanggan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, dalam era digital masa kini, di mana e-dagang memberikan kemudahan di hujung jari, Jakim memahami keperluan dan permintaan untuk mendapatkan barangan yang diperakui halal.

"Peranan kami ialah untuk memastikan integriti logo halal dan pensijilan halal yang diperakui oleh Jakim dan badan-badan berkuasa halal luar negara yang dikenalpasti oleh Jakim terus terpelihara, serta ditangani dan ditadbir urus dengan berhemah.

"Pendekatan proaktif oleh pihak Lazada dengan mewujudkan saluran halal dalam talian yang menawarkan produk yang telah sah diperakui halal merupakan satu langkah yang memberangsangkan.

"Ia dapat memanfaatkan komuniti Muslim, di samping memperkukuhkan usaha strategik Jakim dalam pembangunan halal secara bersepadu," katanya.

Ikon dan banner 'Laz Halal' dipaparkan di halaman utama Lazada Malaysia, bagi memudahkan pelanggan untuk terus akses, layari serta membeli barangan yang diperakui halal, di samping menikmati tawaran eksklusif dan diskaun sepanjang Jualan Pertengahan Tahun Lazada 7.7.

Ia termasuk penghantaran percuma, penjimatan tambahan sehingga 20 peratus menerusi LazCoins dan potongan RM10 bagi setiap pembelian bernilai RM100 dengan Lazada Bonus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 7:10 AM