KETUA Pemasaran, Kenneth Soh (tengah), Pengarah Akaun Easybook.com ikrar, Jerry Wong (kanan) dan Pengurus Program Rakan Kongsi Agoda, Michelle Chue, (dari kiri) melancarkan memenuhi keperluan perjalanan orang ramai menerusi CNY Travel Campaign hingga 26 Januari ini.
KETUA Pemasaran, Kenneth Soh (tengah), Pengarah Akaun Easybook.com ikrar, Jerry Wong (kanan) dan Pengurus Program Rakan Kongsi Agoda, Michelle Chue, (dari kiri) melancarkan memenuhi keperluan perjalanan orang ramai menerusi CNY Travel Campaign hingga 26 Januari ini.

SHOPEE Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 peratus bagi tempahan perjalanan bas dan penerbangan di platformnya dalam tempoh dua minggu pertama Januari 2022 berbanding tempoh sama pada Disember 2021.

Ketua Kempen Pemasarannya, Kenneth Soh berkata, peningkatan sebanyak 10 kali ganda turut dicatatkan bagi perjalanan bagi musim Tahun Baharu Cina dari 24 Januari hingga 2 Februari 2022.

Katanya, peningkatan ketara itu menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia kini berasa selesa dan optimis untuk melakukan perjalanan jauh.

"Mereka didapati mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya untuk bertemu dengan keluarga dan orang tersayang, memandangkan terdapat peningkatan permintaan untuk pelitup muka dan Baucar ShopeePay bagi mendapatkan kit ujian Covid-19 di platform terbabit.

"Ia amat menggalakkan untuk melihat pemulihan industri pelancongan di Shopee apabila orang ramai mula membuat perancangan untuk bercuti semula.

"Kami akan terus bekerjasama rapat bersama rakan-rakan kami dalam industri untuk menyediakan pengalaman tempahan yang lancar, selamat dan mudah untuk penerbangan, bas dan hotel di platform kami.

"Dengan ini, kami berharap rakyat dapat bertemu dengan keluarga tersayang dan mengadakan sambutan yang bermakna dan menyeronokkan pada Tahun Baharu Cina ini," katanya.

Menurutnya, Shopee bekerjasama bersama Agoda, Airpaz dan Easybook.com untuk memenuhi keperluan perjalanan orang ramai menerusi CNY Travel Campaign hingga 26 Januari ini.

Selain itu, rakyat Malaysia boleh menempah perjalanan pulang untuk bertemu semula dengan ahli keluarga sambil menikmati diskaun 10 peratus (terhad pada RM20) bagi tempahan tiket bas, hotel atau penerbangan melalui portal dalam aplikasi Tiket, Tambah Nilai & Bil di Shopee.

Pengguna yang membuat tempahan semasa tempoh kempen akan didaftarkan secara automatik untuk cabutan bertuah di mana mereka berpeluang memenangi hadiah utama iaitu penginapan tiga hari dua malam di Camar Langkawi Resort dengan Baucar Penerbangan RM250.

Sementara itu, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, Airpaz, Wesley Wijaya berkata, pihaknya mengunjurkan peningkatan 100 peratus dalam tempahan perjalanan udara untuk bulan Januari 2022 di platformnya dan juga di Shopee, berbanding Disember tahun lalu.

"Kami menjangkakan pemulihan positif memandangkan orang ramai kini lebih yakin untuk melakukan perjalanan ekoran peningkatan kadar vaksinasi, dan pembukaan semula laluan perjalanan.

"Kami berharap perjalanan melalui udara akan pulih sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2022," katanya.

Bagi Pengarah Urusan Easybook.com, William Lee, pihaknya mencatatkan peningkatan bagi tempahan bas memandangkan perayaan CNY akan tiba dalam masa hanya dua minggu lagi, dengan destinasi popular termasuk Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

"Permintaan tiket bas bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) juga meningkat 20 kali ganda untuk Tahun Baru Cina," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 7:05 AM