MUHAMMAD Fikri
MUHAMMAD Fikri

Kuala Lumpur: MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik Muhammad Fikri Mohamad Rawi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat takaful keluarganya, Takaful Ikhlas Family Bhd.

Penanggung insurans semula nasional itu berkata, Muhammad Fikri yang sebelum ini CEO Sun Life Malaysia Takaful Bhd berkhidmat hampir tiga dekad dalam sektor perkhidmatan kewangan, termasuk 13 tahun khusus dalam industri insurans dan takaful.

Pengerusi Datuk Johar Che Mat berkata, Lembaga Pengarah yakin di bawah kepimpinan Muhammad Fikri, Takaful Ikhlas Family menjadi lebih kukuh dan mencapai kejayaan lebih besar pada tahun akan datang.

"Kami mahu lihat beliau menerajui usaha memacu prestasi perniagaan kami dalam mengembangkan dan memperkukuh keupayaan," katanya.

Sementara itu, Presiden dan CEO Kumpulan Zaharudin Daud berkata, pelantikan baharu ini terus memacu komitmen Takaful Ikhlas Family dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, menawarkan produk inovatif dan membina kesetiaan jenama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 7:04 AM