KEMPEN bantu pembeli melabur dan menyimpan emas bagi keperluan masa depan.
KEMPEN bantu pembeli melabur dan menyimpan emas bagi keperluan masa depan.

TAKAFUL Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd melancarkan kempen Nak Emas? dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat mengambil perlindungan patuh syariah untuk melindungi diri, harta benda dan keluarga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Bhd Eddy Azly Abidin berkata, Takaful IKHLAS bukan sahaja menekankan nilai murni untuk membantu peserta ketika mereka ditimpa musibah, malah membantu mereka untuk melabur dan menyimpan emas bagi keperluan masa depan.

"Kami berharap orang ramai akan merebut peluang ini kerana melalui lebih banyak penyertaan, lebih besar peluang mereka untuk memenangi hadiah emas yang ditawarkan," katanya.

Beliau berkata, kempen itu menawarkan hadiah emas 10 gram untuk 12 pemenang tempat pertama, lima gram emas untuk 20 pemenang tempat kedua dan satu gram emas untuk 300 pemenang tempat ketiga.

"Hadiah yang ditawarkan ini akaun emas dan pemenang akan dipilih melalui cabutan rezeki emas secara bulanan," katanya.

Kempen Nak Emas? menawarkan hadiah emas untuk peserta individu yang menyertai produk takaful am terpilih daripada Takaful IKHLAS iaitu perlindungan takaful motor, takaful perlindungan kediaman, takaful kemalangan peribadi dan takaful kembara sepanjang 1 September sehingga 31 Disember 2021.

Kempen itu turut menawarkan manfaat percuma kepada peserta iaitu IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) berjumlah RM1,000 atas nama peserta yang akan disalurkan kepada institusi diiktiraf yang dipilih oleh Takaful IKHLAS.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Takaful IKHLAS di www.takaful-ikhlas.com.my atau menghubungi ejen berdaftar dan cawangan Takaful IKHLAS.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 7:20 AM