MEGAT JALALUDDIN
MEGAT JALALUDDIN

TENAGA Nasional Berhad (TNB) melancarkan kempen myTNB Giveaway yang memberi peluang kepada pelanggan TNB untuk menjadi antara 500 pemenang baucar Shopee bernilai RM100.

Kempen ini berlangsung dari 16 September sehingga 31 Oktober 2021 dan terbuka kepada setiap pelanggan yang menghubungkan akaun elektrik kediaman mereka dengan aplikasi atau portal myTNB.

Pemenang bagi kumpulan pertama dihubungi pada awal Oktober 2021 menerusi e-mel yang didaftarkan.

Kumpulan pemenang berikutnya diumumkan pada setiap dua minggu dengan kumpulan terakhir diumumkan pada minggu pertama November 2021.

Senarai pemenang boleh didapati di portal myTNB (www.mytnb.com.my) pada November 2021.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, aplikasi myTNB berkembang pesat sejak diperkenalkan pada 2013 apabila sokongan dan maklum balas pelanggan mendorong pihaknya meningkatkan perkhidmatan menjadi lebih baik.

"Usaha ini menyumbang kepada peningkatan pengguna myTNB daripada 1.4 juta sebelum pandemik kepada 5.3 juta setakat ini.

"Justeru, kami terus berusaha memudahkan urusan pelanggan menerusi inovasi berdasarkan analisis keperluan setiap pelanggan dan kemajuan teknologi dalam memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, terdapat dua langkah yang mudah untuk menyertai kempen ini iaitu pertama, pelanggan perlu melakukan mana-mana transaksi di aplikasi atau portal myTNB sepanjang tempoh kempen

Transkasi yang terbabit adalah pembayaran penuh bil elektrik; permohonan baharu untuk penyambungan elektrik; menaik taraf bekalan elektrik kepada tiga fasa; atau permohonan pertukaran penyewa (menukar nama pada akaun TNB).

Langkah kedua adalah peserta perlu menyiarkan satu hantaran di akaun media sosial mereka yang menyatakan mengapa myTNB menjadi pilihan mereka dengan melengkapkan ayat, "#ilovemyTNB kerana...." tidak lebih daripada 15 perkataan.

Bagi tujuan semakan, hantaran media sosial itu dibuat dalam tetapan umum.

Seramai 500 pemenang akan dipilih daripada mereka yang memenuhi kriteria ditetapkan dan melakukan hantaran umum di

akaun media sosial mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 7:17 AM