SEMPENA GOE tahun ini, MR DIY akan memberi hadiah percuma bernilai lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu terbabit.
SEMPENA GOE tahun ini, MR DIY akan memberi hadiah percuma bernilai lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu terbabit.
Sri Ayu Kartika Amri

 

MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) memperluaskan lagi rangkaian cawangannya dengan membuka 35 cawangan baharu di tujuh negeri bermula Oktober ini menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 830 cawangan.

  Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin berkata, 35 cawangan baharu itu akan membolehkan lebih ramai pelanggan mengakses MR DIY dengan lebih mudah dan terus memacu pertumbuhan perniagaan syarikat itu.

  Katanya, cawangan terbabit terdiri daripada 14 cawangan MR DIY, tiga cawangan MR DIY Express, enam cawangan MR TOY dan 12 cawangan MR DOLLAR.

   "Kami sedar corak pembelian berubah, pengguna memilih untuk pergi ke kedai yang berhampiran dengan mereka dan mahukan kedai yang memenuhi keperluan mereka untuk pelbagai jenis produk.

  "MR DIY dapat memenuhi keperluan itu memandangkan kami mempunyai 830 cawangan dan hampir 20,000 jenis produk dijual.

  "Dalam pada itu MR DIY Express adalah format kedai baharu kami yang direka khas untuk lokasi yang berkepadatan tinggi dan komuniti luar bandar," katanya dalam kenyataan.

  Beliau berkata, pihaknya juga menggunakan analisis data yang teliti untuk mengenal pasti trend pembelian di lokasi berbeza kemudian mengisi stok yang sesuai di cawangan terbabit untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan format peruncitan moden yang relevan dan bermanfaat.

  Menurutnya, bersaiz antara 2,000 hingga 3,000 kaki persegi, kedai MR DIY dilengkapi dengan  pelbagai barangan keperluan yang diperlukan oleh komuniti di kawasan berkenaan.

  Selain itu, Chin berkata Grand Opening Event  (GOE) akan dilancarkan tahun ini, ia akan dijalankan pada dua hujung minggu pertama bulan Oktober di cawangan baharu terbabt dan ini adalah kali keempat MR DIY menjalankan kempen tahunan itu.

  Bersempena GOE tahun ini, MR DIY akan memberi sebanyak 41,000 hadiah percuma bernilai lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 7:10 AM