TEALIVE guna pensanitasi tangan Lifebuoy di 200  cawangan seluruh  Malaysia.
TEALIVE guna pensanitasi tangan Lifebuoy di 200 cawangan seluruh Malaysia.

TEALIVE melancarkan penggunaan pensanitasi tangan Lifebuoy di semua cawangan Malaysia termasuk 200 cawangan yang menyediakan kemudahan pensanitasi tangan automatik, bagi menjamin perlindungan pelanggan dengan kerjasama Unilever Food Solutions.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, Tealive memilih Lifebuoy kerana kualiti dan rekod pencapaian yang cemerlang dalam penjualan rangkaian produk penjagaan kebersihan.

"Tealive mengutamakan kepuasan dan pengalaman luar biasa bagi pelanggan sebelum mereka menjejakkan kaki ke cawangan kami.

"Kami juga amat menitikberatkan keselesaan dan keselamatan mereka, walaupun dalam era pandemik. Tambahan pula, pelanggan boleh memesan dan melakukan transaksi pembayaran secara dalam talian sebelum atau selepas tiba di cawangan berhampiran.

"Kami menyediakan kemudahan pensanitasi tangan sejak tahun lalu, dan kami ingin memperkasakan inisiatif ini bagi memastikan pelanggan lebih yakin akan keselamatan diri mereka," katanya.

Pengurus Perniagaan bagi Rantaian & CPU OEM, Unilever Food Solutions, Frederick Tan berkata, pada era pandemik ini sewajarnya memberi penekanan bagi industri makanan dan minuman untuk melindungi pekerja, pelanggan serta mempraktikkan amalan penjagaan kebersihan makanan dan sanitasi.

"Selain daripada kolaborasi bersama rakan kongsi industri makanan dan minuman dalam menghasilkan menu menarik, Unilever Food Solutions sentiasa mengutamakan kebersihan penyediaan dan pengendalian ramuan makanan.

"Kami amat berbesar hati atas peluang bekerjasama dengan Tealive, dan dengan kemudahan pensanitasi tangan automatik Lifebuoy, ia dapat membantu menyekat penularan Covid-19 dan memastikan persekitaran lebih selamat bagi pelanggan, kakitangan dan rakan penghantaran mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 September 2021 @ 7:00 AM