NOR Amiliy (tengah) bersama produk jamu berasaskan kopi, Coffee Lady Boss.
NOR Amiliy (tengah) bersama produk jamu berasaskan kopi, Coffee Lady Boss.

Oleh Hajar Umira Md Zaki

[email protected]

Kuala Lumpur: Siapa sangka sebelum ini hanya sebagai suri rumah, usahawan wanita ini dapat mengubah kehidupan selepas mengasaskan Coffee Lady Boss keluaran Miliy Noly Beauty dan membantu lebih 3,000 ejen sah di seluruh Malaysia.

Pengasas Miliy Noly Beauty, Nor Amiliy Awang berkata, penubuhan Miliy Noly Beauty tanpa sengaja mendapat sambutan luar biasa sehingga mampu memasarkan sehingga lebih 5,000 unit produk sebulan.

"Coffee Lady Boss ini mula diperkenalkan di pasaran pada 2019 dan kami dapat melihat permintaan bagi kopi ini semakin meningkat pada pertengahan tahun lalu.

"Sebelum mengeluarkan produk Coffee Lady Boss ini, kami ada beberapa barisan produk yang memfokuskan pada kesihatan dan masalah dalaman suami isteri.

"Coffee Lady Boss ini adalah produk jamu yang berasaskan kopi bagi membantu masalah dalaman wanita yang berusia 18 hingga 45 tahun," katanya kepada Bisnes Metro.

Nor Amiliy berkata, produk jamu yang berasaskan kopi perisa vanila ini mengandungi pelbagai ramuan herba seperti Pueraria Mirifica, Kacip Fatimah, mas cotek, manjakani dan akar serapat.

Jika sebelum ini ramuan herba perlu direbus untuk diminum, kini hanya perlu bancuh untuk diminum pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam.

"Sebelum ini kami menerima pelbagai maklum balas yang positif daripada pelanggan selepas mengamalkan Coffee Lady Boss.

"Selain membantu masalah dalaman wanita, ada juga pelanggan kami memberi maklum balas menjadi lebih cergas dan bertenaga.

"Bagi produk ini, kami menawarkan harga serendah RM37 bagi Semenanjung Malaysia untuk satu pek yang mengandungi 15 sachet," katanya.

Didorong permintaan yang tinggi, pihaknya positif untuk mencapai sasaran jualan sehingga 55,000 unit akhir tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima permintaan daripada pelanggan untuk menambah perisa coklat.

Bagaimanapun, ia masih dalam perbincangan bagi memfokuskan perisa vanila dahulu buat masa ini.

Sementara itu, Miliy Noly Beauty turut mengalu-alukan individu yang ingin menjana pendapatan bersama pihaknya dengan menghubungi talian 019-550 0289 bagi maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 7:00 AM