SUDUT yang disediakan untuk kanak-kanak di PKRC Maeps.
SUDUT yang disediakan untuk kanak-kanak di PKRC Maeps.

ETIQA melancarkan EtiqaCares Corner@PKRC untuk kanak-kanak di tiga lokasi dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).

Sudut ini menyediakan ruang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak di mana mereka dapat membaca, membuat aktiviti seni dan kraf serta beriadah, ketika menjalani kuarantin.

Dua sudut aktiviti ini disediakan di ruang kuarantin lelaki dan wanita sementara sudut yang ketiga dikhaskan untuk anak petugas barisan hadapan yang tidak dapat ditinggalkan di rumah ketika ibu bapa mereka bertugas di PKRC.

Sehingga Jun 2021, tujuh dewan beroperasi sebagai pusat kuarantin untuk kes Covid-19, dan lebih daripada 2,000 orang dikuarantin.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Life Insurance Berhad, Paul Low berkata, dengan peningkatan masalah kesihatan mental di Malaysia disebabkan Covid-19, Etiqa mengambil inisiatif mengurangkan tekanan dihadapi keluarga bersama anak di PKRC melalui sudut ini.

Ia dilengkapi buku, mainan, peralatan mewarna, serta pen 3D untuk kanak-kanak menghasilkan hiasan seperti rantai kunci, dan penanda buku.

"Etiqa berbesar hati diberi peluang ini bekerjasama dengan PKRC untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik melalui EtiqaCares Corner@PKRC.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 7:07 AM