PROMOSI bagi menghargai pelanggan setia airasia food.
PROMOSI bagi menghargai pelanggan setia airasia food.

Kuala Lumpur: airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga satu sen sahaja untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa terhad.

Ketua e-dagang airasia super app, Lim Ben-Jie berkata, pelanggan boleh menebus hidangan satu sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENKL bagi yang berada di kawasan Lembah Klang dan 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.

"Penebusan terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu," katanya.

Menurutnya, promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food dan syarikat berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.

"Kami yakin promosi masa terhad ini akan menarik perhatian ramai, jadi kami menggalakkan pelanggan memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan untuk memesan hidangan satu sen ini di lokasi pilihan anda.

"Kami berbesar hati kerana airasia food dapat membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar dengan kami, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk pelanggan kami," katanya.

Menurutnya, ini juga satu peluang untuk syarikat menghargai komuniti yang terus menyokong sejak pelancaran airasia food pada Mei tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 7:00 AM