GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan lagi 481,000 saham dalam Serba Dinamik Holdings Bhd pada 4 Jun lepas, mengurangkan pegangan sahamnya dalam kumpulan perkhidmatan minyak dan gas itu kepada 9.90 peratus.

Dana itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata sebelum ini ia telah menjual 955,200 saham miliknya dalam kumpulan itu di pasaran terbuka pada 2 dan 3 Jun lepas.

Bagaimanapun, KWSP kekal sebagai pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan dengan 367,411 juta saham.

Dilaporkan bahawa dana persaraan amat mengambil berat perkembangan yang berlegar di sekitar Serba Dinamik termasuk isu audit yang dibangkitkan oleh juruauditnya, KPMG.

Pada penutup hari ini, saham Serba Dinamik naik 2.40 peratus kepada 64 sen dengan 98.18 juta saham bertukar tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 9:04 PM