GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Maxis Bhd melancarkan platform pemasaran digital serba lengkap Digital Marketing Starter Kit bagi membantu perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjangkau lebih ramai pelanggan dalam talian.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, Digital Marketing Starter Kit adalah sebahagian daripada penawaran e-Dagang dan Runcit Maxis, yang direka untuk memperkasakan perniagaan baharu dalam e-dagang dan mereka yang tidak mempunyai pengalaman pemasaran digital.

Ketua Amalan Perusahaan Maxis Claire Featherstone berkata, platform ini pada dasarnya dapat membuka peluang baharu bagi PKS menjadi bahagian penting daripada ekosistem digital yang berkembang pesat dan berkembang ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 8:30 AM