SEBAHAGIAN kakitangan IKN yang menerima mangkuk tingkat sumbangan Takaful Ikhlas dan IAM.
SEBAHAGIAN kakitangan IKN yang menerima mangkuk tingkat sumbangan Takaful Ikhlas dan IAM.

TAKAFUL Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) mengagihkan juadah Aidilfitri yang disediakan dalam mangkuk tingkat kepada petugas di Institut Kanser Negara (IKN).

Sebanyak 200 mangkuk tingkat yang berisi juadah tradisi seperti kuih baulu, aneka biskut raya dan kek diagihkan kepada petugas IKN melalui program Mangkuk Tingkat Ikhlas.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, program Mangkuk Tingkat Ikhlas ini adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada doktor, jururawat, pembantu perubatan serta kakitangan sokongan IKN yang bekerja keras setiap hari demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

"Ini antara cara kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada hero tidak didendang ini.

"Melalui program Mangkuk Tingkat Ikhlas ini, Takaful Ikhlas menyalurkan dana hasil sumbangan daripada sebahagian peserta Takaful Ikhlas kepada petugas barisan hadapan.

"Kami berharap sumbangan ini dapat merealisasikan hasrat peserta Takaful Ikhlas supaya kami menyalurkan sumbangan itu untuk tujuan kebajikan.

"Semoga sumbangan menceriakan petugas barisan hadapan yang tidak jemu berbakti serta dapat menyuntik kegembiraan dalam kalangan mereka sempena Aidilfitri," katanya.

Program Mangkuk Tingkat Ikhlas sebahagian aktiviti di bawah Ikhlas Barakah House.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 7:20 AM