Oleh Suliati Asri

SEMPENA Aidilfitri ini, CUCKOO sekali lagi memberikan tawaran "Beyond Standards" kepada pengguna yang inginkan tilam berkualiti untuk mendapatkan tidur yang selesa.

Dengan promosi ini, pelanggan dapat menikmati pelan sewaan tilam CUCKOO A-Series bebas anilina untuk tidur berkualiti bagai seorang permaisuri, dengan dari hanya RM150 sebulan.

Bukan itu saja, pengguna juga bakal menikmati bingkai katil Queeny bernilai RM600 dan tiga tahun servis pembersihan berkala tilam secara percuma. 

Untuk pembelian tunai (Outright), pengguna akan mendapat bingkai katil Queeny bernilai RM600 dan satu tahun servis pembersihan tilam secara percuma.  

Direka untuk tidur yang selesa 

Sepertiga kehidupan setiap individu dihabiskan dalam tidur. Selain itu, tidur yang selesa juga adalah syarat untuk memastikan kesihatan badan.

Menyedari hakikat ini, tilam CUCKOO A-Series direka untuk menyediakan sokongan dan tempat tidur yang dapat menghilangkan keletihan dan memastikan kualiti tidur.

Lebih menarik, tilam CUCKOO A-Series ini diperbuat daripada 100 peratus lateks semula jadi serta mempunyai tujuh zon unik bagi sokongan rangka tubuh dan lima zon spring teras. 

Dengan sewa bulanan pada hanya RM150, pembersihan profesional setiap empat bulan juga disediakan bagi memastikan kebersihan tahap tertinggi serta meningkatkan jangka hayat tilam.

Anda tidak lagi perlu risau tentang keselesaan semasa tidur, tilam CUCKOO A-Series akan pastikan kualiti tidur anda setiap malam!

Servis pembersihan terbaik

Image

Servis pembersihan CUCKOO A-Series juga cukup istimewa kerana CUCKOO+ Service Team yang terdapat di seluruh negara dengan 2,000 pakar pembersihan menggunakan kaedah pembersihan sempurna, "Triple-Supreme".

Menerusi pembersihan 'Triple-Supreme', pengguna akan menikmati pembersihan profesional setiap empat bulan bagi memastikan kebersihan tahap tertinggi serta meningkatkan jangka hayat tilam.

Bukan itu saja, cara pembersihannya juga sangat teliti di mana tilam CUCKOO A-Series akan dibersihkan menggunakan pembersihan Hidro iaitu pembersihan "Storm" H20 menggunakan vakum air yang dapat menyingkir kotoran serta tompokan kulat dengan efektif. 

Ia juga menggunakan vakum berkualiti tinggi dengan dua kali lebih kuasa sedutan berbanding vakum konvensional sekali gus dapat menyingkirkan sel kulit mati, debu dan partikel halus. 

Pembersihan tilam ini juga menggunakan kaedah Grid Matriks yang akan mengimbas setiap inci tilam dan memburu pepijat serta hama sehabisnya. 

Oleh itu, bagi pelanggan yang mempunyai kesukaran untuk tidur lena sehingga menjejaskan kualiti kehidupan seharian, tilam CUCKOO A-Series ini adalah pilihan terbaik.

Dengan promosi terbaik dari CUCKOO menerusi tawaran "Beyond Standards", jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sekali gus merasai sendiri tidur persis permaisuri.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari CUCKOO E-brandstore dan cuckoo.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 8:24 AM