LIM Yew Hoe berkata, pencapaian kumpulan membuktikan kekuatan dan ketangkasan untuk menyesuaikan diri dan merebut peluang dalam persekitaran yang dinamik dan tidak menentu ini.
LIM Yew Hoe berkata, pencapaian kumpulan membuktikan kekuatan dan ketangkasan untuk menyesuaikan diri dan merebut peluang dalam persekitaran yang dinamik dan tidak menentu ini.

FRASER & Neave Holdings Bhd (F&NHB) berjaya merekodkan prestasi suku kedua berakhir 31 Mac 2021 yang lebih kukuh dengan hasil meningkat 8.6 peratus kepada RM1.09 bilion.

Untung sebelum cukai kumpulan juga meningkat 3.9 peratus kepada RM139.3 juta manakala untung selepas cukai (PAT) naik kepada RM103.5 juta berbanding RM102.2 juta yang dilaporkan tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, pencapaian kumpulan membuktikan kekuatan dan ketangkasan untuk menyesuaikan diri dan merebut peluang dalam persekitaran yang dinamik dan tidak menentu ini.

Katanya, prestasi itu juga dipacu oleh jualan tempatan dan eksport walaupun menghadapi sekatan berkaitan Covid-19 dan merekodkan prestasi separuh pertama yang positif.

"Dalam persekitaran mencabar ini, kami telah memanfaatkan kekuatan pelaksanaan laluan ke pasaran dan strategi saluran kami untuk mendekati pengguna dan memenuhi keperluan mereka.

"Kami juga bernasib baik kerana mempunyai jenama kukuh seperti 100PLUS, minuman mesti dinikmati pada musim perayaan.

"Sementara itu di Thailand, pasukan kami menyokong peniaga dengan tawaran nilai dan promosi menarik untuk membantu penjaja, pengendali kafe dan restoran untuk merancakkan semula perniagaan mereka dengan pantas seiring pembukaan aktiviti ekonomi," katanya pada sidang media maya pengumuman keputusan kewangan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 7:10 AM