CAWANGAN baharu dengan ruang runcit seluas 150,000 kaki persegi merangkumi tiga tingkat.
CAWANGAN baharu dengan ruang runcit seluas 150,000 kaki persegi merangkumi tiga tingkat.
Bisnes Metro

Kuala Lumpur: Lulu Group, pengendali runcit terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) mengukuhkan lagi kehadirannya dengan membuka pasar raya ketiga di Selangor.

Cawangan baharu itu terletak di kompleks beli-belah Setia City Mall dengan ruang runcit seluas 150,000 kaki persegi merangkumi tiga tingkat.

Ketua dan Pengarah Urusan Lulu Group yang berpusat di Abu Dhabi, Yusuff Ali MA berkata, pihaknya gembira membuka cawangan baharu itu bagi memenuhi keperluan pelanggan setia yang tinggal di sekitar Shah Alam dan kawasan berhampiran.

"Selama bertahun-tahun memenuhi keperluan pelbagai peringkat pelanggan, kami melihat permintaan yang semakin meningkat untuk produk antarabangsa.

"Inilah sebabnya mengapa kami komited untuk terus menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga paling berpatutan di pasaran.

"Malah, cabaran Covid-19 tidak menghalang semua organisasi perniagaan untuk meneruskan rancangan pengembangan dan pertumbuhan mereka. Ini akan membantu ekonomi pulih lebih cepat, agar kita dapat kembali kepada kehidupan normal," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Lulu Group juga merancang untuk memperluas operasi di Malaysia dan menyasarkan untuk melancarkan lima lagi pasar raya baharu di seluruh negara menjelang akhir 2022 dan ini termasuk di Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Johor Bahru.

Cawangan Lulu Setia City Mall dilengkapi dengan pelbagai segmen barangan termasuk makanan segar, roti, makanan panas, produk kesihatan dan kecantikan, barangan elektrik dan elektronik, produk teknologi maklumat (IT), peranti terkini, perabot rumah, kelengkapan sukan, alat tulis dan bermacam lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 8:11 AM