Chin
Chin

Kuala Lumpur: Rangkaian peruncit perkakas rumah kegemaran ramai, MR DIY kembali dengan kempen terbaharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina melalui promosi istimewa Wang Nilai.

Dalam kempen ini, pelanggan berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY Group, Andy Chin berkata, MR DIY ingin memastikan rakyat Malaysia dapat memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan penuh bermakna.

"Kempen kali ini memberi tumpuan kepada barangan yang memberi makna kepada sambutan perayaan.

"Ia termasuk pelitup muka bertemakan Tahun Baharu Cina, pelbagai pilihan barangan hiasan, keperluan memasak serta produk pembersihan.

"Malah, buat pertama kalinya, MR DIY turut menawarkan pelbagai jenis kuih dan makanan ringan yang popular.

"Kami turut menawarkan potongan 30 peratus untuk barangan hiasan dan diskaun 25 peratus untuk produk makanan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bagi pelanggan yang tidak menyambut perayaan ini, mereka masih boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa yang disediakan.

"Terdapat lebih 40 barang keperluan pembersihan dan memasak boleh didapati pada harga diskaun sehingga 30 peratus.

"Ia meliputi pengelap lantai, penyapu nilon, pemproses makanan dan kuali tidak lekat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2021 @ 7:01 AM