KHIDMAT penghantaran makanan airasia food ditawarkan di sekitar Lembah Klang.
KHIDMAT penghantaran makanan airasia food ditawarkan di sekitar Lembah Klang.

PLATFORM penghantaran makanan baharu AirAsia, airasia food yang dikendalikan oleh Teleport, syarikat logistik milik Airasia Digital terus menawarkan kemudahan kepada peniaga untuk menyertai platform itu tanpa sebarang kos tersembunyi.

Airasia food dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei 2020 menawarkan penyelesaian yang mudah dan lancar pada harga berpatutan kepada peniaga kerana ia mengenakan harga tetap dan komisen terendah hanya 10 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, peniaga boleh mendaftar pada harga tetap dan kemudian beralih kepada komisen 10 peratus.

"Airasia food menawarkan perkhidmatan pembayaran dan penghantaran, memberikan peniaga kawalan sepenuhnya dalam menguruskan menu dan harga makanan mereka.

"Airasia food juga menawarkan liputan penghantaran sehingga 60 kilometer berbanding platform perkhidmatan pesanan makanan lain yang hanya menawarkan liputan penghantaran sehingga 15 atau 20 kilometer," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihaknya mengenakan harga tetap terendah dalam industri penghantaran makanan, dan berharap ini memberikan 'kemerdekaan' kepada restoran di luar sana.

"Kini, penghantaran makanan bukan saja pelengkap perniagaan, malah antara saluran jualan utama bagi restoran dan perniagaan kecil.

"Seorang peniaga kami, JoshiJosh, meningkatkan jualan 500 kali ganda dalam masa tiga bulan," katanya.

Airasia food akan dilancarkan di Singapura pada akhir Januari 2021, dan akan dikembangkan ke bandar Asean lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 7:00 AM