KUALA LUMPUR 23 JANUARI 2021. Sebuah kedai komputer di Wangsa Maju dipenuhi Ibubapa yang mencari komputer riba untuk kegunaan anak untuk belajar sesi PdPR berikutan pendemik Covid-19 yang semakin meningkat dan negeri yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membenarkan sekolah dibuka bagi tahun 2021 dan murid akan diajar melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga keadaan semakin baik. NSTP/FATHIL ASRI.

Bisnes HM

Inisiatif Cerdik yang akan menyediakan akses digital meliputi komputer riba, tablet dan sambungan data untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah akan dilaksanakan bermula Februari ini.

Inisiatif itu membabitkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Petronas.

Yayasan Hasanah dalam kenyataan hari ini berkata, langkah ini dilaksanakan bagi membantu pelajar mengadaptasi norma baharu sesi persekolahan dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

Pemilihan pelajar dan sekolah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), yang juga akan meneliti spesifikasi perkakasan dan perisian untuk memastikan pelaksanaan yang lebih mampan termasuk sokongan jaminan, kebolehgunaan, dan jangka hayat yang lebih lama untuk pembelajaran digital masa depan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 tahun lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung Cerdik oleh GLC dan GLIC.

Katanya, projek itu akan diselia Yayasan Hasanah adalah bagi tujuan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 2:44 PM