Wan Enderi Mohd Saad
Wan Enderi Mohd Saad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Wan Enderi Mohd Saad sebagai pengurus besar baharu Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, berkuat kuasa pada 4 Januari lalu.

Menurut kenyataan TH hari ini, TH berkata, Wan Enderi mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dan pernah berkhidmat dengan industri perhotelan serta hospitaliti terkemuka di dalam dan luar negara.

Beliau juga berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Eksekutif dalam Keusahawanan Hospitaliti, Pentadbiran dan Pengurusan Pelancongan.

Dalam kenyataan sama, Wan Enderi berkata, beliau akan berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi nilai terhadap jenama terbabit di masa akan datang.

"Saya juga akan berusaha untuk memberikan pengalaman serta perkhidmatan yang terbaik kepada semua tetamu kami dan meletakkan Mövenpick Hotel KLIA dalam kelas yang tersendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 1:20 PM