GAMBAR hiasan. FOTO Bloomberg
GAMBAR hiasan. FOTO Bloomberg
Bisnes Metro

Kuala Lumpur: Celcom tidak akan mengenakan sebarang caj ke atas penggunaan data dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam hari ini, sebagai ganjaran kepada pelanggan kerana bersabar berdepan masalah teknikal yang dihadapi sekitar jam 3 petang tadi.

Celcom berkata, pihaknya meminta maaf atas masalah teknikal yang berlaku di mana pelanggan tidak dapat membuat panggilan dan tiada sambungan internet.

"Semua perkhidmatan kembali seperti biasa sejak 6 petang tadi.

"Penggunaan data untuk kuota yang diperuntukkan kepada pelanggan, tidak akan dipotong dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sekitar jam 3 petang tadi, pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal.

Berita berkaitan

Pengguna rangkaian Celcom terjejas

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 8:06 PM