MR DIY bertahan walaupun pasaran terjejas akibat Covid-19.
MR DIY bertahan walaupun pasaran terjejas akibat Covid-19.
Bisnes hmetro

Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd yang akan disenaraikan dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan enam bank sebagai Penaja Jamin Pengurusan Bersama dan Penaja Jamin Bersamanya.

Katanya, CIMB Investment Bank (CIMB IB), Maybank Investment Bank (Maybank IB), RHB Investment Bank (RHB IB) akan menjadi Penaja Jamin Pengurusan Bersama dan Penaja Jamin Bersama manakala Aminvestment Bank (AmInvestment), Hong Leong Investment Bank (Hong Leong IB) dan Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) sebagai Penaja Jamin Bersama tawaran awam permulaannya (IPO).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, langkah itu satu pencapaian untuk syarikat, menjadikannya hampir sebagai syarikat senaraian awam.

"Walaupun pasaran terjejas oleh pandemik Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan ini, kami bertahan sebagai kumpulan dan gembira mempunyai peluang memulakan fasa pertumbuhan akan datang.

"Memanfaatkan pasaran modal akan membantu mempercepat pelan pertumbuhan, berikutan kami terus meningkatkan rangkaian kedai untuk memanfaatkan sektor runcit pembaikan rumah dengan kadar penembusan yang belum mencukupi di Malaysia.

"Ini mengukuhkan kedudukan MR DIY sebagai peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia," katanya. beroperasi di seluruh Malaysia dan empat kedai di Brunei di bawah jenama MR DIY, dengan 28 kedai lagi di Semenanjung Malaysia di bawah jenama MR TOY.

Katanya, moto MR DIY "Always Low Prices" mewakili rangkaian produknya yang berkualiti dan komprehensif pada harga kompetitif, dengan kira-kira 16,600 unit simpanan stok (SKU) setiap kedai, sehingga 30 Jun 2020. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 7:01 AM