GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

DIGI Telecommunications Sdn Bhd melancarkan penyelesaian pengurusan tenaga kerja digital, altHR untuk membantu syarikat Malaysia meningkatkan kecekapan sumber manusia (HR).

Ketua Pegawai Pendigitalan Digi, Praveen Rajan berkata, altHR dibina dengan ciri disesuaikan dengan normal baharu seperti kit jualan digital, pengesanan masa tanpa sentuh, cuti tanpa kertas serta pengurusan perbelanjaan.

"Ia bertujuan menangani masalah pemprosesan pendigitalan syarikat di peringkat perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya dalam satu kenyataan.

RAJAN berkata altHR dibina dengan ciri  disesuaikan dengan normal baharu.
RAJAN berkata altHR dibina dengan ciri disesuaikan dengan normal baharu.

Menurutnya, pelancaran altHR adalah selari dengan matlamat Digi untuk membantu lebih banyak syarikat Malaysia menjadi digital dan berkeupayaan dalam menangani sebarang cabaran tidak diduga seperti pandemik Covid-19.

"Bagi membolehkan lebih banyak PKS memperoleh keuntungan daripada pendigitalan perniagaan mereka, kami akan menawarkan altHR secara percuma kepada semua syarikat untuk 50 pekerja pertama mereka hingga 31 Disember depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 7:10 AM