PERKHIDMATAN nasihat urus wang persaraan disediakan secara percuma bagi membolehkan perancangan simpanan dilakukan dan ia turut ditawarkan kepada bukan ahli KWSP. FOTO Arkib NSTP
PERKHIDMATAN nasihat urus wang persaraan disediakan secara percuma bagi membolehkan perancangan simpanan dilakukan dan ia turut ditawarkan kepada bukan ahli KWSP. FOTO Arkib NSTP
Bisnes HM

ORANG ramai dinasihatkan bertemu pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan perancangan kewangan yang baik khususnya membabitkan simpanan persaraan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkhidmatan ini disediakan secara percuma bagi membolehkan perancangan simpanan dilakukan dan ia turut ditawarkan kepada bukan ahli KWSP.

"Program i-Lestari (KWSP) mencatatkan penerimaan baik sejak diluluskan di bawah Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

"Sehingga 13 Julai, sebanyak 4.43 juta permohonan diluluskan dengan jumlah pengeluaran kumulatif antara April sehingga Julai adalah sebanyak RM5.37 bilion," katanya dalam laporan Laksana ke-13 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif pengeluaran kemudahan i-Lestari di bawah pakej Prihatin.

Di bawah inisiatif ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 5:42 PM