MENYUKAT suhu badan menjadi kelaziman baharu bagi setiap entiti perniagaan. FOTO Hairul Anuar Rahim
MENYUKAT suhu badan menjadi kelaziman baharu bagi setiap entiti perniagaan. FOTO Hairul Anuar Rahim
Bisnes Metro

TM ONE, cabang perniagaan syarikat dan sektor awam Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan penyelesaian pemeriksaan kesihatan digital pintar, Penyelesaian Pemeriksaan Analisis TM ONE Prediktif atau ONE PASS untuk menyaring suhu badan individu ketika mereka memasuki premis perniagaan.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE, Ahmad Taufek berkata, ONE PASS adalah tindakan kesinambungan perniagaan kepada Covid-19 yang menyebabkan kebiasaan baharu untuk pekerjaan harian dan kehidupan manusia di seluruh dunia.

"Ia mungkin akan menjadi kebiasaan kekal untuk bagaimana kita berfikir dan bertindak mengatasi krisis ini serta sebarang wabak pada masa depan," katanya.

Menurutnya, ONE PASS adalah penyelesaian pemeriksaan dan pemantauan kesihatan yang pintar disambungkan ke platform analitik yang kuat membolehkan analisis dilakukan terhadap individu secara besar-besaran dan ia dapat mengesan individu yang cepat daripada papan pemuka berpusat.

"Ini bertujuan memberikan kesinambungan perniagaan bagi organisasi mengisytiharkan bangunan mereka sebagai 'zon selamat' untuk bekerja dengan menerapkan penyelesaian pemeriksaan kesihatan yang canggih," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penyelesaian digital masa sebenar ini merangkumi aplikasi pengurusan pekerja atau pelawat untuk penilaian pengisytiharan diri.

"Ia juga menggunakan kamera thermal (alat pengimbas haba) dan sensor untuk memeriksa suhu badan sebelum memasuki bangunan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 8:35 AM