AHLI jawatankuasa TRC terdiri daripada pengamal dan  pakar bidang percukaian.
AHLI jawatankuasa TRC terdiri daripada pengamal dan pakar bidang percukaian.
hmdigital

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Cukai (TRC) pada September 2018 yang terdiri daripada pengamal dan pakar berpengalaman luas dalam bidang percukaian.

Berdasarkan Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, jawatankuasa ini bertujuan untuk mengkaji semula dan mencadangkan langkah pembaharuan sistem percukaian antaranya penyelarasan insentif cukai, mengurangkan jurang cukai, meningkatkan kecekapan cukai serta mempelbagaikan hasil cukai.

Jawatankuasa ini akan menumpukan kepada pencapaian objektif strategik dalam meningkatkan peratusan hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Selain itu, ia juga akan membantu mengoptimumkan hasil cukai berdasarkan empat asas.

Antara empat asas itu mengurangkan jurang cukai terutamanya dalam sektor tidak formal dan sukar dikenakan cukai serta memperluas asas cukai melalui pendigitalan dan penguatkuasaan berkesan.

Selain itu, laporan menyatakan asas berkenaan memberi fokus mengurangkan ketirisan cukai dengan mengkaji semula insentif dan undang-undang cukai sedia ada.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 7:05 AM