SALIM  (tengah) bersama Wan Ahmad  (kiri) dan Ketua Pegawai Produk Takaful FWD Berhad, Sharifah Zarina melancarkan Saluran Secara Online FWD Protect Direct di ibu pejabat FWD TakafuL di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
SALIM (tengah) bersama Wan Ahmad (kiri) dan Ketua Pegawai Produk Takaful FWD Berhad, Sharifah Zarina melancarkan Saluran Secara Online FWD Protect Direct di ibu pejabat FWD TakafuL di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: FWD Takaful Berhad menjadi penyedia pelan perlindungan takaful pertama di negara ini yang memperkenalkan saluran dalam talian untuk menjual produk perlindungannya, FWD Protect Direct.

Dengan harga serendah 40 sen sehari untuk individu dan RM1.20 sehari bagi pelan keluarga, pelanggan akan mendapat pelbagai manfaat perlindungan daripada produk yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain berkata, ini fasa pertama FWD Takaful menggunakan platform digital yang membolehkan pelanggannya melanggan takaful dan menerima perlindungan serta-merta.

“Kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan produk perlindungan takaful di hujung jari dan FWD Protect Direct produk pertama yang tersedia secara dalam talian dan ditawarkan pada harga berpatutan.

“Sebelum akhir tahun ini, FWD Takaful akan memperkenalkan dua lagi produk perlindungan yang ditawarkan dalam talian,” katanya selepas pelancaran saluran dalam talian FWD Takaful di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi.

Salim berkata, sebagai jenama baharu di Malaysia, inisiatif ini mewakili visi FWD Takaful untuk mengubah cara orang ramai berfikir mengenai takaful.

Menurutnya, FWD Protect Direct pelan unik yang menawarkan empat pilihan kepada individu, pasangan, keluarga (sehingga dua anak) dan ibu atau bapa tunggal (sehingga dua anak).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 6:30 AM