DARI kiri, Dr Radzali, Derick, Chong, Zahriah dan Dickson menunjukkan hidangan terbaharu dari MFM.
DARI kiri, Dr Radzali, Derick, Chong, Zahriah dan Dickson menunjukkan hidangan terbaharu dari MFM.
Hamizah Badiran


PENGENDALI restoran makanan laut, The Manhattan Fish Market (MFM) menyasar jualan sehingga 10 peratus bagi perniagaannya yang dirangsang rangkaian menu dan wajah baharu di 27 cawangan korporatnya di seluruh negara.

Pengarahnya, Derick Yeo berkata, MFM kini merekodkan pertumbuhan jualan memberangsangkan meskipun pengenalan menu baharu dan pengubahsuaian pada cawangan baharu siap dilaksanakan.

“Setakat pertengahan tahun ini, perniagaan kita menunjukkan pertumbuhan jualan dua digit berbanding pada tahun lalu dipacu peningkatan jumlah pelanggan yang menyukai konsep dan menu terbaharu diperkenalkan syarikat.

“Kini, empat cawangan MFM melalui pengubahsuaian penuh manakala 23 outlet lain bakal mendapat nafas baharu secara berperingkat.

“Namun, menu terbaharu kami terutama enam sos tartar yang enak sudah ada di semua cawangan restoran untuk dinikmati pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran wajah dan menu baharunya di MFM pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd, Dickson Low, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan dan Naib Presiden MFA, Datuk Zahriah Abd Kadir.

sentiasa memberikan kelainan daripada segi keselesaan kepada pelanggan ketika menikmati makanan.

“Menu baharu kali ini ialah kerepek kentang dan enam pilihan sos berperisa bawang putih herba tartar, curry tartar, spicy grapefruit tartar, lime tartar, BBQ tartar dan spicy tartar, kata Dickson.

“Pelanggan boleh menentukan sendiri makanan laut mereka dimasak dengan lima kaedah berbeza termasuk goreng, reneh, bakar, gril, atau panggang atas api.

“Sajian utama Fish N’Chips kami pula akan dihidangkan di atas kertas kalis gris untuk membawakan pengalaman baharu dan menyeronokkan kepada pelanggan terutama anak-anak untuk menikmati hidangan,” katanya.

Semua 27 cawangan korporat juga menyediakan stesen tartar layan diri untuk pelanggan mendapatkan sos tartar, kertas kalis gris, sudu, garfu dan sarung tangan.

MFM turut melancarkan Syoking Seafood Deal mulai 19 hingga 23 Ogos 2019 yang menawarkan nilai hebat buat pelanggan bermula dari harga di bawah RM10.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 7:29 AM