SIME Darby Property menawarkan promosi istimewa  kepada semua pelanggan.
SIME Darby Property menawarkan promosi istimewa kepada semua pelanggan.

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property menganjurkan kempen Pop Raya 2019 bagi menawarkan pelbagai pilihan produk kediamannya.

Antara projek yang ditawarkan sempena kempen terbabit termasuk Elmina, Bandar Bukit Raja, Bukit Jelutong, Serenia City, KL East, Denai Alam, SJCC, Putra Heights, Bandar Ainsdale, Chemara Hills, Nilai Impian dan Bandar Universiti Pagoh.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Gerard Yuen berkata, pembeli juga berpeluang menikmati rebat tunai bermula RM10,000 bagi hartanah terpilih dan pelbagai lagi tawaran menarik.

Katanya, promosi Pop Raya 2019 ini dijangka dapat meneruskan momentum jualan yang dicapai pada kempen sebelumnya iaitu Primetime 8 yang berlangsung Mac hingga April 2019 dan berjaya merekodkan jualan lebih RM1 bilion dengan 1,100 unit kediaman dijual.

“Sime Darby Property menawarkan promosi istimewa ini kepada semua pelanggan kami dan ini adalah peluang terbaik terutama untuk pembeli rumah pertama kali.

“Semua produk hartanah Sime Darby unik dan direka bagi menawarkan gaya hidup dan kemudahan terkini pada harga berbeza yang semestinya memenuhi pelbagai keperluan dan jangkaan pelanggan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 9:08 AM