PENGERUSI Besar Koperasi Telekom Malaysia Berhad, Adnan Mohd Amer (tiga dari kiri) menyampaikan Surat Tunjuk Minat Projek Darulaman Sungai Petani bersama Bina Darulaman Berhad kepada  Mohd Iskandar.
PENGERUSI Besar Koperasi Telekom Malaysia Berhad, Adnan Mohd Amer (tiga dari kiri) menyampaikan Surat Tunjuk Minat Projek Darulaman Sungai Petani bersama Bina Darulaman Berhad kepada Mohd Iskandar.
Sofyan Rizal Ishak


BINA Darulaman Bhd (BDB) komited untuk membabitkan diri secara aktif dalam projek pembangunan infrastruktur di negeri Kedah termasuk pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Hab Industri Pembuatan dan Logistik di Sidam dan Lebuh Raya Koridor Utara.

Pada Mac lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengumumkan tujuh projek mega yang membabitkan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat di Kedah dengan peruntukan kos lebih RM3.2 bilion.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, sebagai satu-satunya syarikat berkaitan kerajaan yang disenaraikan di Kedah, BDB secara umumnya akan membantu segala agenda yang bakal mendatangkan kebaikan kepada negeri terbabit.

Menurutnya, pihak syarikat, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sedang giat menjalankan perbincangan lanjut sejak Februari lalu berhubung projek terbabit.

“Kami memiliki kapasiti dan kepakaran untuk membantu. Dari segi bahan pembinaan BDB memiliki kuari dan kami juga memiliki kepakaran dalam penyenggaraan jalan untuk pembangunan lebuh raya,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama antara BDB, Koperasi Telekom Malaysia (Kota Mas) dan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 7:30 AM