DARI kanan, Pengasas Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, Hoelzl dan Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Lain Lo melancarkan Tapak Reservasi Pengecasan Shell di Sunway Pyramid.
DARI kanan, Pengasas Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, Hoelzl dan Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Lain Lo melancarkan Tapak Reservasi Pengecasan Shell di Sunway Pyramid.
hmdigital

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia berharap untuk meningkatkan jumlah fasiliti tapak pengecasan dan reservasi bersama ParkEasy dan Shell Malaysia bagi menawarkan Mobiliti Masa Hadapan yang lebih terjamin.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, ketika ini ada lebih 20 fasiliti pengecasan dan reservasi BMW di seluruh negara.

Beliau berkata, di peringkat global, Malaysia tersenarai sebagai negara paling progresif dalam usaha memacu Mobiliti Bervisi ke hadapan dengan BMW Group.

“Ia bukan sahaja melambangkan permintaan tinggi terhadap mobiliti elektrik dalam negara, malah keperluan aspek kelestarian jangka panjang.

“Untuk merealisasikan visi ini, BMW Group akan meluaskan tahap aksesibiliti fasiliti pengecasan buat pemandu kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara,” katanya pada majlis pelancaran Tapak Reservasi dan Pengecasan Shell di sini, semalam.

Fasiliti baharu itu yang dilancarkan di pusat beli-belah Sunway Pyramid adalah inisiatif BMW Group memacu tawaran e-mobiliti di Malaysia menggunakan aplikasi mudah alih membolehkan pengguna EV membuat tempahan awal dalam 60 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 7:45 AM