MODEL X70 terima 30,000 unit tempahan. FOTO Asyraf Hamzah
MODEL X70 terima 30,000 unit tempahan. FOTO Asyraf Hamzah
hmdigital

KUALA LUMPUR: DRB-HICOM menjangkakan pengguna kembali yakin terhadap Proton bagi tahun kewangan 2020 dengan disokong peningkatan kualiti yang diteruskan melalui pelancaran model baharu Iriz, Persona dan Exora baru-baru ini.

DRB-HICOM dalam kenyataan berkata, ia juga akan dirangsang oleh model ikonik Proton Saga yang sedang menunggu untuk dilancarkan dan pelancaran versi X70 yang dipasang di dalam negara bagi tahun kewangan semasa.

“Bagi suku keempat, kumpulan mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM127.86 juta daripada kerugian bersih RM59.41 juta.

“Hasil dicatatkan lebih tinggi berjumlah RM3.47 bilion daripada RM2.98 bilion, berikutan hasil lebih tinggi sebanyak RM7.36 bilion disumbang oleh syarikat automotif terutamanya jualan Proton X70 (X70).

“Sehingga kini, Proton menerima 30,000 tempahan dan menyerahkan sebanyak 14,000 unit X70,” katanya.

Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih bagi RM122.87 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, daripada RM430.37 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hasil meningkat 1.8 peratus kepada RM12.48 bilion daripada RM12.25 bilion.

Sementara itu, perniagaan lain kumpulan itu dalam bidang aeroangkasa, pertahanan, perbankan, pos dan logistik, konsesi dan hartanah akan terus berkembang dan meluaskan asas pelanggan agar terus berdaya saing dalam keadaan pasaran semasa yang mencabar.

“Di Pos Malaysia, pengurangan penghantaran surat tradisional terus memberikan tekanan ke atas pendapatan, sementara dalam perniagaan penghantaran bungkusan, Pos Laju menghadapi cabaran daripada pesaing baharu, termasuk perkhidmatan penghantaran bungkusan e-hailing. Namun, Pos Laju tetap menjadi peneraju pasaran dalam segmen ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 7:57 AM