AMRIN meletakkan jawatannya berkuat kuasa 3 Mei 2019.
AMRIN meletakkan jawatannya berkuat kuasa 3 Mei 2019.
Bisnes HM


SIME Darby Property Berhad mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkuat kuasa 3 Mei 2019.

Sime Darby Property dalam kenyataan hari ini berkata, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perbandaran Kumpulan, Datuk Wan Hashimi AlBakri Wan Ahmad Amin Jaffri dilantik sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa tarikh sama.

Dalam masa sama, Lembaga Pengarah akan melaksanakan proses pemilihan pengganti.

Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, Lembaga Pengarah merakamkan penghargaan kepada Amrin atas khidmat dan sumbangannya kepada Kumpulan.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa juga pilihan kerjaya yang dipilih selepas ini,” katanya.

Wan Hashimi adalah bekas CEO Negara Properties (M) Berhad yang kini adalah sebahagian daripada Kumpulan.

Beliau telah bersama Sime Darby Property selama hampir 15 tahun.

Pelantikannya sebagai pemangku CEO akan memastikan kesinambungan serta membolehkan Kumpulan melaksanakan strategi dan rancangan sedia ada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 6:56 PM