MODEL Airbus A380 di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya. FOTO Aziah Azmee
MODEL Airbus A380 di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya. FOTO Aziah Azmee
Ayisy Yusof


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Malaysia Airlines Bhd khusus untuk penerbangan umrah dan haji, Amal dianggap sebagai pilihan yang ‘masuk akal’ bagi syarikat penerbangan negara itu memanfaatkan pesawat superjumbo A380.

Ketua Penganalisis dan Ketua Perwakilan Asia Tenggara Pusat CAPA bagi Penerbangan, Brendan Sobie berkata, rancangan awal bagi Amal adalah untuk mempunyai persijilan pengendaliannya sendiri dan mendapatkan pelabur baharu bagi membolehkan ia memberi tumpuan kepada pemulihannya tanpa risau terhadap A380.

“Amal mempunyai cita-cita jangka panjang untuk berkembang di pasaran Asia lain dengan potensi pesawat A380 beroperasi dari dalam negara lain.

“Umrah adalah pasaran besar dan berkembang cepat yang berpotensi sesuai untuk sesetengah A380 apabila memerlukan rumah baharu dekad selanjutnya kerana beberapa syarikat penerbangan mula tidak menggunakan jenis pesawat itu lagi,” katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata, ia mencabar untuk Amal beroperasi di luar Malaysia berikutan sekatan peraturan dan keperluan untuk mengatasi cabaran infrastruktur lapangan terbang yang menghalang operasi A380 di beberapa pasaran utama umrah.

Dalam laporannya yang dikeluarkan baru-baru ini, Sobie berkata, Amal menyasar pasaran luas haji dan umrah Indonesia-Arab Saudi dengan menawarkan sambungan melalui Kuala Lumpur.

“Malaysia Airlines menawarkan sambungan sehenti ke Arab Saudi dari empat destinasi Indonesia dan bercadang untuk menambah lagi tiga atau empat destinasi Indonesia dalam suku kedua 2019,” katanya, sambil menambah bahawa operasi pesawat berjadual dengan 737-800 yang pelengkap penumpang akan merangkumi hampir keseluruhan penumpang yang bersambung kepada pesawat Jeddah dan Madinah Amal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 11:00 AM