SIME Darby Property Bhd (SDPB) memperkenalkan fasa perumahan terbaharunya Serenia Adiva 2 yang menawarkan 226 unit kediaman.
SIME Darby Property Bhd (SDPB) memperkenalkan fasa perumahan terbaharunya Serenia Adiva 2 yang menawarkan 226 unit kediaman.
Sharifah Dayana


SIME Darby Property Bhd (SDPB) akan memperkenalkan fasa perumahan terbaharunya, Serenia Adiva 2 yang menawarkan 226 unit kediaman dengan harga bermula dari RM596,888 di Serenia City.

Pengurus Besar SDPB, Ir Mohd Idris Abdullah berkata, Serenia Adiva 2 adalah susulan kepada Serenia Adiva, fasa kediaman yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu 2018 dan habis dijual dalam masa hanya tiga bulan.

“Produk kediaman di Serenia City menerima sambutan menggalakkan sejak pengenalan Serenia Amani, produk kediaman pertama di perbandaran ini yang terjual 100 peratus dalam tempoh hanya satu jam selepas dilancarkan pada Mac tahun lalu 2018.

“Ini disusuli dengan fasa pertama Serenia Adiva yang terjual sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pelancarannya pada Oktober tahun lalu 2018. Ia menunjukkan permintaan tinggi terhadap produk yang ditawarkan di lokasi dan pada harga yang tepat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Idris berkata, keunggulan kualiti yang dibawa Serenia Adiva, rekaan pelbagai generasi dan harga yang kompetitif adalah faktor utama terhadap kejayaan produk kediamannya itu.

Beliau berkata, Serenia Adiva 2 adalah pembangunan pegangan bebas dengan saiz pembangunan seluas 18.72 ekar, terdiri daripada 226 unit kediaman dua tingkat berangkai 20’ x 75’ dengan kawasan terbina bermula daripada 1,874 kaki persegi.

Semua kediaman Serenia Adiva 2 menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dengan susun atur pelan lantai terbuka menggabungkan ruang tamu, ruang makan serta ruang dapur untuk mengoptimumkan penggunaan ruang.

Ia juga direka bagi memenuhi keperluan pelbagai generasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 7:00 AM