WONG (kanan) berkongsi pengalaman pendaftaran atas taliannya di Wisma Mah Sing, Kuala Lumpur bersama Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Mah Sing, Chris Chen Weng Hong.
WONG (kanan) berkongsi pengalaman pendaftaran atas taliannya di Wisma Mah Sing, Kuala Lumpur bersama Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Mah Sing, Chris Chen Weng Hong.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) mengumumkan usahawan teknologi maklumat (IT), Wong Chee Meng, 33, sebagai individu terpantas mendaftar di Mah Sing Flagship Store dalam LazMall pada jam 12 malam 10 Disember lalu iaitu hari pertama bagi Jualan Akhir Tahun Lazada 12.12.

Wong menjadi individu pertama di Asia Tenggara yang mengesahkan minat dalam hartanah atas talian dengan memilih projek hartanah kediaman pegangan bebas yang baru dilancarkan oleh Mah Sing iaitu M Centura di Sentul, Kuala Lumpur.

Beliau adalah pelabur hartanah yang berpengalaman menunjukkan minat terhadap dua unit M Centura Type A dengan dua bilik dan satu bilik air dengan binaan 646 kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Hong Sang berkata, kerjasama dengan Lazada bagi menyenaraikan hartanah secara atas talian adalah mencabar dan menarik kerana mereka ingin berada di barisan hadapan bagi trend global ini bagi memenuhi keperluan untuk pembeli atas talian.

“Oleh kerana kami adalah pemaju pertama yang melaksanakan perkara ini, kami memahami cabaran yang perlu ditempuh, namun bersedia untuk mengambil langkah pertama bagi memberi manfaat kepada pembeli atas talian kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Disember 2018 @ 8:51 PM