PESAWAT Turkish Airlines.
PESAWAT Turkish Airlines.

Turkish Airlines sedang membida untuk membeli kepentingan majoriti dalam lapangan terbang kedua Istanbul dari Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), demikian menurut lima sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

Syarikat penerbangan yang secara rasminya dikenali sebagai Turk Hava Yollari AO, dijangka membeli 80 peratus kepentingan Istanbul Sabiha Gokcen International Airport atau ISG, menurut dua daripada sumber berkenaan yang meminta identiti dirahsiakan.

Turkish Airlines menawarkan 750 juta euro (RM3.5 bilion) untuk membeli kepentingan itu, kata salah seorang daripada sumber terbabit.

Syarikat penerbangan itu tidak membalas permintaan untuk mengulas mengenai perjanjian itu. MAHB juga enggan mengulas.

Sekiranya perjanjian itu dapat dimuktamadkan, ia menandakan perubahan strategi untuk MAHB.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Badlisham Ghazali pada Mei lalu berkata bahawa syarikat itu sedang mencari rakan kongsi bagi membeli saham minoriti dan ada 10 pihak yang menyatakan hasrat berminat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 6:45 AM