TH Hotel & Convention Centre KLIA terima banyak pengiktirafan.
TH Hotel & Convention Centre KLIA terima banyak pengiktirafan.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: TH Properties Sdn Bhd (TH Properties) meraih anugerah berprestij lima bintang untuk tahun kedua berturut-turut pada Asia Pacific Property Awards 2018 – 2019.

Anugerah itu bagi pencapaian dalam kategori Pembinaan dan Reka Bentuk Hotel BaruTerbaik bagi projek TH Hotel & Convention Centre KLIA.

Pengarah Urusan Kumpulan TH Properties Datuk Roszali Othman berkata, pengiktirafan itu menjadi kayu ukur kemajuan dan prestasi kumpulan.

TH Hotel & Convention Centre KLIA yang dibina di tapak seluas 7.717 hektar itu menempatkan hotel empat bintang dikendalikan Movenpick Hotels & Resorts yang mempunyai Anjung Tinjau, pusat konvensyen termasuk pusat operasi haji dan Astaka.

Hotel patuh syariah itu menawarkan 333 bilik serta kemudahan lain seperti kolam renang berasingan, tempat permainan kanak-kanak, spa serta empat kafe dan restoran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 9:25 AM