TAJUDDIN  bersama Khairussalleh  (kanan) melancarkan buku RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
TAJUDDIN bersama Khairussalleh (kanan) melancarkan buku RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
Alzahrin Alias

Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan RHB memilih 20 syarikat bermodal kecil senaraian awam di Bursa Malaysia yang memiliki prestasi terbaik dan berpotensi besar untuk cemerlang.

Senarai itu dikeluarkan menerusi Buku RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies 2018 yang mewakili pilihan utama firma penyelidikan RHB iaitu Institut Penyelidikan RHB.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, 85 peratus atau 17 daripada 20 syarikat yang tersenarai dalam buku itu mempunyai modal pasaran kurang daripada RM1 bilion.

“Kaunter saham modal kecil Malaysia berpotensi meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan kaunter pilihan yang menarik bagi pelabur institusi dan runcit disokong asas ekonomi negara yang kukuh, harga minyak dunia yang tinggi dan pemulihan ringgit.

“Pada masa sama, kami juga menjangkakan syarikat saham modal kecil ini akan berkembang menjadi syarikat pertengahan dan besar, sekali gus membantu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya selepas pelancaran buku RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Buku itu adalah sebahagian daripada ringkasan serantau yang dihasilkan oleh pasukan penyelidikan RHB di Indonesia, Hong Kong, Singapura dan Thailand.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Malaysia RHB Research Institute Sdn Bhd, Alexander Chia berkata, ketika ini pasaran saham kaunter modal kecil dan sederhana banyak dipengaruhi faktor geopolitik negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 10:16 AM